PUSAT PERKHIDMATAN UNIVERSITI ANSTED RANTAU ASIA AKAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN “TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT” KE-2 PERINGKAT ANTARABANSA DI PULAU PINANG, MALAYSIA
Dengan
sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Universiti Ansted Rantau Asia,
akan menganjurkan Persidangan “Tanggungjawab Sosial Korporat” Ke-2
Peringakat Antarabangsa di Pulau Pinang, Malaysia, sebagai usaha untuk memupuk
sifat tanggungjawab sosial di kalangan korporat serata dunia.
Penganjuran
persidangan sedemikian pada ketika ini adalah dianggap sesuai dan memadai
memandangkan negara Malaysia kini sedang meningkatkan peranannya dalam usaha
memberi galakan kepada pihak korporat, kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan.yang menunaikan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat umum, alam
sekitar serta kepentingan masa depan manusia dan dunia sejagat.
Sebagaimana
seseorang individu itu mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan alam
sekitar, begitu juga pertubuhan, institusi korporat malah pihak kerajaan di
serata dunia mempunyai kewajipan mengekalkan dan mempertingkatkan
masyarakat dan alam sekitar. Sesungguhnya pengaruh mereka adalah jauh
lebih besar jika dibandingkan individu sebab pertubuhan, institusi korporat dan
kerajaan merupakan entiti yang jauh lebih penting dalam masyarakat.
Persidangan
ini dijadualkan berlangsung pada 21hb November hingga 24hb November 2004 di
Hotel Equatorial, sebuah hotel bertaraf antarabangsa. Bersama-sama ini Majlis
Konvokesyen 2004 Universiti Ansted serta Majlis Penyampaian Anugerah
Antarabangsa “Tanggungjawab Sosial” Ansted Tahun 2004 juga akan
dilangsungkan.
Persidangan
tersebut dijangka akan menarik penyertaan para cendekiawan daripada 60 negara ke
atas. Mereka terdiri daripada wakil-wakil universiti ternama, wakil-wakil
pertubuhan bukan kerajaan, wakil-wakil syarikat antarabangsa, ahli-ahli fakulti
Universiti Ansted yang bertugas di serata pelusuk dunia, para pensyarah dan
profesor daripada universiti-universiti lain, para pemegang ijazah kedoktoran,
tokoh-tokoh perniagaan, golongan pakar dan para pengulas dalam bidang ini yang
bertaraf dunia. Pemimpin
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri juga akan diundang untuk mengharumkan
persidangan tersebut. Majlis urusetia projek persidangan akan berhubung secara
rapat dengan Jabatan Protokol Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk
menjayakan matlamat ini.
Persidangan
ini sebenarnya merupakan susulan kepada Persidangan “Tanggungjawab Sosial
Korporat” Pertama Peringkat Antarabangsa yang telah diadakan di England tahun
lepas. Pada hakikatnya, persidangan ini adalah acara bersifat tahunan.
Projek
Persidangan ini akan diuruskan bersama-sama oleh Lembaga Eksekutif dan
Jawatankuasa Panduan Gabungan, yang terdiri daripada Jawatankuasa Penganjur
Acara yang diketuai oleh Profesor Doktor Roger Haw dan Jawatankuasa Kajian Sains,
yang dipengerusi oleh Profesor Doktor David Crowther yang berasal dari England,
beliau pakar dalam bidang “Tanggungjawab Sosial Korporat”.
Suatu
sidang akhbar akan diadakan untuk melancarkan dan mengumumkan persidangan agung
tersebut pada jam 10.00 pagi, Hari Sabtu, 29hb Mei 2004 di Hotel Equatorial di
Pulau Pinang.
Liputan
ini disediakan dan ditulis oleh Encik Esmond Vincent Byrne dan Profesor Doktor
Roger Haw (Nombor Talipon Bimbit) 012-4705688 atau e-mel : bnhaw@tm.net.my.